Soalan lazim

Apa maknanya API SM?
API SM ialah taraf kualiti tertinggi bagi minyak enjin petrol yang dikeluarkan oleh Institut Petroleum Amerika atau dikenali sebagai API.

Apakah perbezaan di antara kualiti API SM dan kualiti API SL?
API SM perlu melepasi tahap kualiti yang lebih tinggi seperti menghasilkan prestasi enjin yang lebih tinggi, perlindungan enjin yang lebih baik dan lebih bersih berbanding dengan API SL.
Apakah kebaikan menggunakan minyak pelincir yang berkualiti tinggi?
Minyak pelincir yang berkualiti tinggi mempunyai beberapa kebaikan seperti:
  • Senang menghidupkan enjin pada waktu sejuk dan kadar geseran yang lebih rendah (20 to 30% dari geseran enjin berlaku semasa enjin dihidupkan sehinggalah enjin mencapai tahap suhu yang optima).
  • Hayat enjin yang lebih panjang.
  • Penjimatan bahan api kerana kadar geseran yang lebih rendah dan prestasi enjin yang lebih baik.
Apakah perbezaan di antara minyak mineral dan minyak sintetik?
Minyak mineral dihasilkan dari pemprosesan minyak mentah manakala minyak sintetik dihasilkan dari tindakbalas kimia. Minyak sintetik memberikan prestasi yang lebih tinggi pada keadaan operasi enjin yang lasak, lebih tahan terhadap tekanan dan daya pecutan yang tinggi.
Apakah maknanya kepekatan?
Kepekatan ialah ukuran terhadap kesukaran sesuatu cecair untuk mengalir. Sebagai contoh, air mempunyai kepekatan yang lebih rendah berbanding dengan madu. Minyak enjin berkualiti tinggi dapat mengekalkan kepekatan pada suhu yang berlainan untuk jangka masa yang lama.
Apakah maknanya minyak enjin multi gred?
Minyak enjin yang dapat mengekalkan prestasi pada suhu rendah dan tinggi dipanggil minyak multi gred. Ia biasanya di tentukan oleh dua angka. Angka pertama (diikuti dengan W) menunjukkan kepekatan dibawah suhu rendah dan angka kedua menunjukkan kepekatan dibawah suhu yang lebih tinggi. Minyak enjin multi gred dapat mengurangkan perubahan kepekatan bila berlakunya perubahan dalam suhu. Contohnya SAE 20W50.



Apakah makna klasifikasi dan spesifikasi di belakang botol?
Minyak pelincir berbeza dari segi penggunaan dan kualiti. Ada yang hanya sesuai untuk enjin tertentu dan ada yang hanya sesuai untuk cuaca tertentu. Walaupun kedua-dua minyak dihasilkan untuk enjin dan cuaca yang sama, tetapi ia tetap berbeza dari segi prestasinya. Jadi, criteria umum digunakan untuk mementukan tahap prestasi dan penggunaan minyak pelincir.
Badan-badan klasifikasi penting ialah:

Society of Automotive Engineers (SAE) – mengelaskan minyak pelincir mengikut kepekatannya. Minyak pelincir boleh jadi mono gred atau multi gred bergantung kepada prestasi kepekatan pada tahap suhu yang berlainan.

American Petroleum Institute (API) – mengelaskan minyak pelincir mengikut tahap keupayaan melindung enjin. Huruf S digunakan untuk enjin petrol dan huruf C digunakan untuk enjin disel. Huruf seterusnya selepas S atau C akan menentukan tahap prestasi dan perlindungan dimana A adalah yang terendah dan X paling tinggi. Sesetengah minyak enjin boleh digunakan untuk enjin petrol dan disel, jadi ia diklasifikasikan sebagai SM/CF atau CF-4/SG.